Anugerah - Samuel

Adiwira Guru 2019

Samuel Isaiah

Pelajar PISMP Jun 2013

Sk Runchang, Muadzam Shah, Pahang

Antara projek lain yang Cikgu Samuel buat bagi menarik minat murid selain memahirkan mereka dalam English adalah projek pertukaran e-mail antarabangsa yang dipanggil ‘Asli E-Pal’. Murid Orang Asli Cikgu Samuel menggunakkan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan sukarelawan dewasa dari seluruh pelosok dunia dan mendapat sokongan dari dalam dan luar negara.

Beliau korbankan masa cuti hujung minggu dengan mengajar murid asli yang tercicir di bawah pokok sahaja. Awalnya kehadiran sekitar 10 orang sahaja. Disebabkan gaya dan pembelajaran beliau sangat menarik, kehadiran meningkat mendadak hingga lebih 50 orang datang belajar.Kelas Bahasa Inggeris beliau kini penuh dengan keriangan, muzik dan puisi, gelak tawa, kemudahan teknologi, dan murid Orang Asli yang cintakan pembelajaran. Sesuatu yang pernah dianggap mustahil.

“I believe we need good pedagogy to teach,
I believe in the pedagogy of the heart.”







2020