Hala Tuju

Pendahuluan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPGK Pulau Pinang dipertanggungjawabkan menguruskan tentang hal ehwal pelajar praperkhidmatan sepenuh masa dan pelajar Kursus Dalam Cuti.  JHEP mempunyai enam (4) unit, iaitu, Unit Disiplin dan Kebajikan, Unit Kolej Kediaman Pelajar dan Unit Pembangunan Insaniah Pelajar(Unit Kepimpinan dan Pengembangan Pelajar), Unit Data/Rekod dan Alumni. Setiap unit diketuai oleh seorang ketua unit yang dilantik oleh Pengarah IPGKPP. Setiap unit berfungsi berdasarkan tujuan dan keperluan masing-masing mengikut spesifikasi tugas yang telah ditetapkan dan dikenalpasti. 


Semua unit ini dibantu oleh dua orang pegawai pengurusan mengikut bidang-bidang berkenaan. Untuk mencapai visi dan misi IPGM semua penyelaras unit, pegawai pengurusan dan staf pelaksana Jabatan HEP senantiasa bekerjasama bagi menjamin peningkatan tadbir urus hal ehwal dan kebajikan pelajar guru, pemantapan pengurusan disiplin dan program/aktiviti pelajar guru  dan pemantapan budaya kecemerlangan pengurusan hal ehwal pelajar guru.

 Visi

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dapat mengurus segala hal ehwal pelajar dengan cekap dan berkesan dari segi disiplin, kebajikan dan pembangunan insaniah pelajar ke arah melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik

 

Misi
 

Membantu melahirkan guru bertaraf dunia yang  kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pengembangan dan kepimpinan, pembangunan disiplin, kebajikan dan pembangunan insaniah pelajar.

Objektif Jabatan

Mentadbir dan menguruskan jabatan/unit bagi menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

  1. Mentadbir dan menguruskan jabatan/unit bagi menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
  2. Memastikan program mentor-menti dilasanakan dengan dengan berkesan.
  3. Pelaksanaan dan pemantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar dilaksanakan  dengan berkesan dan mencapai kepuasan.
  4. Pengumpulan dan penyaluran maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan pentadbir diurus dan   dilaksanakan dengan berkesan.
  5. Memberi latihan asas dalam hal penyuburan diri insan guru, kepimpinan dan pengurusan
  6. Menyediakan perkhidmatan nasihat dan kaunseling kepada pelajar secara berkesan.
  7. Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar
  8. Memastikan tahap disiplin pelajar terkawal dan berada pada tahap yang tinggi
  9. Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan institut
  10. Mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar
  11. Memastikan pelajar dapat menginap/ tinggal  di kolej kediaman dengan selesa dan selamat.
  12. Melaksanakan atau menguatkuasakan akta 174 secara profesional, adil dan saksama
  13. Mengumpul maklumat dan menyediakan pangkalan data pelajar untuk  memastikan data enrolmen pelajar tepat dan terkini.
  14. Meningkatkan perkembangan kendiri, ketrampilan diri dan disiplin para pelajar
  15. Memupuk nilai-nilai murni dan budaya penyayang dalam kalangan para pelajar.
  16. Menggalakkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosio-budaya dalam institut dan juga bersama masyarakat luar.
  17. Memastikan Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dilaksanakan mengikut prosedur  dan peraturan yang ditetapkan.
  18. Memastikan majlis rasmi kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dilaksanakan dengan teratur, berjaya dan berkesan