Perutusan Ketua Jabatan



Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya maka Portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar dapat dibangunkan hasil daripada perancangan yang jitu dan disokong pula oleh warga kerja yang amat komited dan berintegriti. Terima kasih kerana melayari Portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pulau Pinang.
Portal ini dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi wahana, khususnya  kepada pelajar guru untuk mengakses maklumat berkaitan dengan program dan aktiviti Jabatan Hal Ehwal pelajar yang akan dan telah dijalankan. Selain itu, juga untuk memudahkan para pelajar guru untuk mendapatkan pelbagai bahan dan borang yang diperlukan untuk berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal pelajar.  Portal ini juga dapat memberikan maklumat tentang pengoperasian Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam membantu pentadbiran IPG Kampus Pulau Pinang dan IPGM dalam memberikan latihan pendidikan yang berkualiti.

Portal ini menjadi pemangkin kepada IPGM ke arah  menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik serta bertaraf dunia.  Justeru, diharapkan supaya pelajar guru dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam portal ini untuk memudahkan urusan mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Semoga portal ini menjadi pemacu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan produktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Pulau Pinang. Marilah kita bersama-sama berazam, bertekad dan sederap  berusaha ke arah memartabatkan lagi profession keguruan yang kita sanjungi ini.

Terima kasih.

Nor Azam bin Ariffin
Ketua  Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPGK Pulau Pinang