Piagam Pelanggan

Kami warga Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berirkrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada
    MQA serta badan-badan profesional.
  2. Memastikan kurikulum pra-perkhidmatan disediakan dengan lengkap
    satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.
  3. Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang
    ditetapkan.
  4. Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria
    kepuasan pelanggan.
  5. Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut
    keperluan organisasi.
  6. Memastikan keputusan peperiksaanakhir dimaklumkan dalam
    tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
  7. Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan
    dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan
    peperiksaan akhir diumumkan.
  8. Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi
    maklumat.