Friday 21 July 2023

PERHIMPUNAN BERSAMA TUAN TIMBALAN PENGARAH, DR. MOHD AZHAR BIN BAHARI

 




















Perhimpunan Bersama Tuan Timbalan Pengarah (Tuan TP), Dr. Mohd Azhar bin BAhari telah diadakan pada 21 Julai 2023. Bertempat di Gelanggara IPGKPP. Antara yang hadir dalam program ini adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Tn. Hj. Nor Azam bin Ariffin, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademi, En. Naziruddin bin Mashood, Ketua-ketua jabatan, ketua unit serta para pensyarah. Semua pelajar diwajibkan hadir untuk mendengar perkongsian akademik dan juga nasihat-nasihat yang disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar bin Bahari. 

Intipati pertama yang disampaiakan ialah Konsep Konsep Karamah Insaniah yang ditekankan menerangkan konsep menyatukan antara segmen Rukun Negara dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain.

Intipati kedua adalah Konsep Anak Yang Baik lagi Cerdik merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali. Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik.

Pelajar dinasihatkan agar jangan menganggap bahawa peraturan adalah perkara yang membebankan tetapi peraturan menjadikan kita sentiasa berada dalam landasan yang betul. Lebih-lebih lagi sebagai bakal guru perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelajar juga perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri yang baik dan menghayati Budaya IPG yang sesuai dengan profesion keguruan.