SERAMAI 200 orang mahasiswa dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPGK Sultan
Abdul Halim, IPGK Darul Aman, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Universiti Malaysia Perlis telah menyertai program Simposium
Mahasiswa Madani anjuran YADIM.
Progam pada 23 September ini yang diselaraskan oleh Bahagian
Kepimpinan Muda (KEMUDA), menekankan tentang nilai-nilai teras Malaysia Madani
dan pemahaman dan penerapan sebagai seorang siswa.
Majlis penutup simposium ini telah dirasmikan
oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin yang turut
sama menyempurnakan gimik penyerahan watikah barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM
IPG Kampus Pulau Pinang dan IPGK Tuanku Bainun.