Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah melaksanakan Program Kesihatan Madani pada 29 November 2024, 8.00 pagi- hingga 10.30 pagi. Program ini melibatkan semua warga kampus. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti balingan pundi kacang, Tick Teck Toe dan ujian kecergasan. Tujuan Program Kesihatan Madani dijalankan adalah untuk mengekalkan kesihatan badan yang sihat dan melahirkan sifat menyayangi diri sendiri.