Monday, 12 December 2016

Visi dan Misi

Pendahuluan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPGK Pulau Pinang dipertanggungjawabkan menguruskan tentang hal ehwal pelajar praperkhidmatan sepenuh masa dan pelajar Kursus Dalam Cuti.  JHEP mempunyai empat (4) unit, iaitu Unit Kepimpinan dan Pengembangan Pelajar, Unit Disiplin dan Tatatertib, Unit Kediaman dan Kebajikan Pelajar dan Unit Pembangunan Insaniah Pelajar. Setiap unit diketuai oleh seorang penyelaras unit yang dilantik oleh Pengarah IPGK. Setiap unit berfungsi berdasarkan tujuan dan keperluan masing-masing mengikut spesifikasi tugas yang telah ditetapkan dan dikenalpasti. Semua unit ini dibantu oleh dua orang pegawai pengurusan mengikut bidang-bidang berkenaan. Untuk mencapai visi dan misi IPGM semua penyelaras unit, pegawai pengurusan dan staf pelaksana Jabatan HEP senantiasa bekerjasama bagi menjamin peningkatan tadbir urus hal ehwal dan kebajikan pelajar guru, pemantapan pengurusan disiplin dan program/aktiviti pelajar guru  dan pemantapan budaya kecemerlangan pengurusan hal ehwal pelajar guru.

Visi
 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dapat mengurus segala hal ehwal pelajar dengan cekap dan berkesan dari segi disiplin, kebajikan dan pembangunan insaniah pelajar ke arah melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik

Misi
 

Membantu melahirkan guru bertaraf dunia yang  kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pengembangan dan kepimpinan, pembangunan disiplin, kebajikan dan pembangunan insaniah pelajar.

0 comments:

Post a Comment