Wednesday 13 January 2021

PENGOPERASIAN IPG SEMASA PERINTAH-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.

Merujuk kepada Kenyataan Media KPM bertarikh 11 Januari 2021:


Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. 

 

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing. 


Sehubungan dengan itu:


1) Sekiranya IPG berada dalam kawasan PKP, semua pelajar akan kekal berada di rumah/kampung halaman dan menghadiri kelas secara dalam talian sepenuhnya.


2) Bagi IPG yang berada dalam kawasan PKPB dan PKPP, pelajar perlu kembali ke IPG dan menghadiri kelas secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi SOP.


3) IPG kampus akan mengeluarkan surat kepada pelajar yang berada dalam kawasan PKP bagi membolehkan mereka mendapat kebenaran daripada PDRM untuk merentas negeri ke kawasan PKPB atau PKPB. 


4) Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) akan menjalani latihan praktikum bermula pada 24 Januari 2021 manakala pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah pada 31 Januari 2021. Bagi IPG yang terlibat dengan PKP, latihan praktikum bagi pelajar PDPP dan PISMP akan bermula pada 14 Februari 2021. Pelajar-pelajar terlibat akan dimaklumkan berkaitan penempatan semula praktikum selewat-lewatnya pada 28 Januari 2021 iaitu berdasarkan alamat kediaman pelajar.


REKTOR 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

12 JANUARI 2021