Assalam dan selamat pagi
Semua Pelajar IPGKPP
(PPISMP/PISMP/PDPP)
Memandangkan semua pelajar IPGKPP telah mula kembali ke kediaman/kampung halaman masing-masing seawal Jun 2021 dan melaksanakan akan interaksi bersemuka dari kediaman/kampung halaman masing-masing mulai sesi Jun 2021 sehingga tempoh yang akan dimaklumkan maka tempoh KEBERADAAN di kediaman/kampung halaman masing-masing adalah lebih panjang berbanding di kampus. Pengumuman KKM bagi penerima vaksin Fasa 3 (berumur 18 tahun ke atas) bermula Mei 2021-Feb 2022) hendaklah diambil peduli oleh pelajar sepenuhnya. Sehubungan itu, keputusan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan IPGKPP telah bersetuju mengikut butiran berikut :
1. Semua pelajar DIGALAKKAN untuk mendaftar/mengemaskini dalam MySejahtera atau https://www.vaksincovid.gov.my/astrazeneca/ dengan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang paling berhampiran dengan kediaman/kampung halaman masing-masing. Walaubagaimanapun, pendaftaran vaksin tersebut adalah secara SUKARELA.
2.Mengelak pelajar dari tercicir sebagai penerima vaksin berdaftar yang akan memberi pelbagai implikasi terutamanya melibatkan PASPORT VAKSIN yang akan dikeluarkan oleh KKM/MKN.
3.Pihak HEP akan mendapatkan maklumbalas tentang status pendaftaran pelajar (lokasi PPV) melalui mentor/KK (aplikasi GForm) .
4. Pemakluman/ memo siaran sebelum ini bertarikh 1 Mac 2021 adalah dibatalkan.
Sekian. Terima kasih.
Unit Kebajikan dan Keselamatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPGKPP
17 Jun 2021