Saturday 28 August 2021

PROGRAM PENANDAARASAN DALAM TALIAN


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah bagi program penandaarasan bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun secara dalam talian.


Ucapan Selamat Datang ke Program Penandaarasan dizahirkan kepada JPP IPG Kampus Tuanku Bainun.

Program ini telah dijadualkan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 28 Ogos 2021

Masa: 9:00 pagi

Pelantar : Google Meet


JPP IPGKPP turut mengalu-alukan kehadiran:

Tuan Hj Nor Azam bin Ariffin, yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah IPGKPP dan Encik Ahmad Shukri bin Ghazali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTB serta pensyarah-pensyarah penasihat kedua-dua JPP.


Semoga program ini bermanfaat dan mendatangkan impak positif  kepada kedua-dua JPP selain dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua JPP khususnya dan IPG kampus amnya.