Wednesday 6 October 2021

UCAPAN TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN SISWA GURU IPGKPP

Sekalung tahniah kepada Auni Nadzirah binti Hairul Nizam dari kelas Pengajian Melayu PISMP Ambilan Jun 2020 atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Dendangan Syair IPT Peringkat Zon Utara 2021 anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 4 Oktober 2021. 

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga IPGKPP untuk terus menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seterusnya mengharumkan nama IPGKPP.