RAYUAN PERANTISISWA KINI DIBUKA KEPADA PELAJAR IPGKPP
Permohonan rayuan PerantiSiswa kini dibuka kepada semua pemohon yang telah membuat permohonan melalui platform PerantiSiswa K-KOMM tetapi keputusan permohonan adalah berstatus Gagal.
Permohonan kendiri perlu dibuat oleh pemohon atau pelajar sendiri melalui platform PerantiSiswa K-KOMM yang boleh diakses melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my dengan menyertakan justifikasi permohonan rayuan dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Sehubungan itu, hanya permohonan rayuan dalam talian yang diterima melalui platform PerantiSiswa K-KOMM sahaja yang akan diproses dan dipertimbangkan.
Tarikh tutup bagi permohonan rayuan dan pengemaskinian permohonan rayuan PerantiSiswa ialah pada 31 Disember 2022.
Sekian terima kasih.
Focal Point Peranti Siswa
IPGKPP
0 comments:
Post a Comment