Friday 12 July 2024

PERHIMPUNAN JHEP BERSAMA TIMBALAN PENGARAH IPGMKPP

 TARIKH : 12 JULAI 2024

MASA     :  8.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

TEMPAT : GELANGGARA

        Pada 12 Julai 2024 buat pertama kali Timbalan Pengarah IPGMKPP mengadakan perjumpaan bersama semua Pegawai JHEP dan siswa guru IPGMKPP. Timbalan Pengarah telah menyampaikan pelbagai amanat yang berguna kepada semua siswa guru.

        Dalam ini juga siswa guru berpeluang untuk beramah mesra dengan Pn Timbalan Pengarah IPGKPP yang disifatkan mempunyai sifat keibuan dan penyayang membuatkan siswa guru tidak kekok untuk mengutarakan soalan kepada beliau.

        Semasa perhimpunan ini juga satu taklimat peperiksaan telah diberikan oleh KU Peperiksaan dan Penilian kepada semua Siswa Guru IPGMKPP. Taklimat ini diberikan bertujuan untuk memberi penjelasan dan pendedahan kepada semua siswa guru berkaitan syarat-syarat kelayakan untuk mereka mengambil peperiksaan kelak.